Suatu pagi Rabu

Suatu pagi Rabu (hari ni) seperti biasa proses ec dari bagun tidoq, siap2 nak ke tmpt kerja, sambil2 tunggu jam 8.30 main2 facebook, torrent dsb…

Hari ni bangun awal, lepas sahur tidoq balik sat, habuan lambat tidoq semalam…. terjaga balik, jam 7.30, awal lagi (dalam hati)…. jadi berfoya2 ec bersama laptop & internet…. cari2 apa drama baru yg boleh download, ntah bilanya nak tgk…. asuko march pn tak habis2 lg tgk… T______T …. kunun la biar torrent download cerita tu & ec pegi keja…

dah jam 8.30 ec pn bersiap2 la nak ke kerja…. (sat ja ec ni siap… hehehe 10 minit)

& seperti biasa bawak moto hijau…. tgk jalan lengang dgn kenderaan…. oooooooo mungkin orang semua pn amek cuti raya awai (dah hari ni rabu pn)

& setibanya di pejabat, ec tgk semua pn dah mula bekerja (uik? awainya semua masuk kerja)

smpi depan punch card, uik???????????? 9.45????? aik? bukan baru 8.45 ka???? (tny kt sales exec)

“Lu mabuk apa pagi2 ni???? sudah mau pukul 10 maaa….”

“alamak! bukan baru jam 9 ka???? huhuhuhu” <<—- ketuk2 pala sebab percayakan jam kt desktop… ntah kenapa la jam tu LEWAT sejam agaknya….

 

jadi hari ni ec kena blk lambat, kena ikut jam org chin kerja (pekerja muslim boleh blk kui 5ptg, waktu rehat 1/2 jam, morning & evening break ditolak 1/2 jam, so blk awai sejam)…. tak kira la nak tolak gaji sejam ka apa, tp yang penting ec kerja cukup jam setiap hari…..

 

apa la yg ec mamunkan hari ni…… itu lah al kesahnya 24 Ogos 2011….. hari ini dalam sejarah….

lain kali tgk2 la jam yang lain2 kat rumah tu…. DOUBLE TRIPLE CHECK!

Store Keeper

Ingat dak lagi kisah anjing & kucing yg ec cerita dulu?
Ha! Kucing tu dah berenti kerja (mungkin sebab malas dah nak bertekak dengan anjing tuh…huuuuu)

dengan ketiadaan kucing aka store keeper, maka ec terpaksa buat 2 kerja…. kerani & stock management….
budak2 kilang ni buat derk ja bila ec mintak tulis barang2 yang amek dari store (ec takdan nak duk 24/7 kt store tu ja, walhal ada banyak lagi keja kat dalam opis, dgn delivery la, marketing la)

jadi alkesahnya stock book (buku catat semua masuk keluar stok) jadi kelam kabut…. mula 19/7/2011

masuk bulan 8…. 10/8/2011 masuk store keeper baru…. taktau lagi org baru ni mcm mana…. tp muda la drp uncle store lama tu….

sekarang ec kena buat stock card bagi perabih nak serah kt dia… yg ec geram tuh keja semua tersekat sebab stock tak balance (declare out sikit drp yg sepatutnya keluar)

nak dekat raya ni… ec bukan pikiaq pasai nak raya, tp dok pikiaq audit nak mai lepas raya ni…. huhuhuhuhu T_T

cuti 5 hari & hari pertama masuk kerja tu mungkin ada audit teros….. huhuhuhuhu~

berusaha!

110810 Mahkamah Trafik

Ingat dak lagi kes JPJ ec tu? ha! hari ni la perbicaraannya… ketaq lutut nih… bukan pasai apa, sebab TAK PERNAH pn masuk mahkamah kn? (selalu kita tengok kt TV tu penjenayah besar kena bicara kt mahkamah, kes bunuh la apa la)

tp kn…. dalam mahkamah ni kebanyakan kes mcm ec nih…. takdak road tax, takdak insurans…. ec menghadapi 2 tuduhan…. takdak road tax & takdak insurans….

awai2 pagi dah pegi mahkamah (takut kalo lambat nt dilarang masuk mahkamah kn susah…. kecoh mahkamah nanti…bla bla bla)
dah nama awai tu jadi dgn selambanya masuk kawasan mahkamah pastu nak belok kanan…. ha!!!! kn dah kena tahan ngan pak gud…. confident ja kena pi kanan idak? tny punya tny alih2 kena pi mahkamah trafik yg terletak kt belakang bangunan….kn dah malu kn?

sampai kt depan pintu mahkamah trafik tu ramai la org dok tunggu pintu bukak…. ada pakcik sorang tu ckp jam 8.30 BARU la pintu bukak…. oooooo…. jadi tak perlu la aku merempit tadi… potong pakcik pegi pasar sana, potong makcik keluar makan angin sini…. (banyak ja pakcik2 makcik2 suka bawak kenderaaan TENGAH2 jalan.. org belakang TAK DAPAT AGAK depa ni nak ke KANAN atau ke KIRI)

duduk2 kt kerusi tu aku pn dok pikiaq2 mcm mana la nak habaq kt hakim supaya denda aku dikurangkan… aku pn tny2 la pakcik india tuh…. dia ckp sllu SATU kesalahan tu RM300 dendanya…
YA ALLAH! aku yg 2 kesalahan ni jumlah kena bayar RM600??? dah habis duit gaji aku bulan ni…. dah kena tolak moto la bulan ni…..

tiba2 teringat pulak pesan Tok aku… kalo nak bg lembut hati org baca sekian2 ayat ni… InsyaAllah orang tu lembut hati dengan kita….

dah bukak pintunya… tak pn 8.30 lagi… ada 2 pakcik berbaju seragam kt dalam…. sorang tu baju polis berwarna PUTIH (polis TRAFIK), sorang lagi tu warna biru (hat ni JPJ la)… sekali ngan ec masa tu ada la dlm 15-20 org…. makin masa berganjak, makin ramai org dlm kamar mahkamah tu…. lawyer ada dlm 8 org… semua segak bergaya pakai kot hitam….

tiba bunyi PETTTTTT…. semua org bangun, aku pn bangun skali… hakim dah mai dah…. alahai comel ja tuan hakim ni…. hehehhe~ mcm Taemin pn ada…. (bole pulak Taemin masuk dalam ini cerita ya?)
mula dgn kes berat dulu…. tokeh VCD cetak rompak rasanya…. punya la cepat org2 mahkamah ni baca…. bunyiknya mcm ni

“adalahdenganinikamudidapatibersalahmenunggangmotosikaldanmengakibatkankemalanganpada30haribulan2tahun2008danmenunggangtanpalesenB2……….bla3333″

ha!!!!! bukan ja kakak2 kt depan hakim (ntah apa org panggey jawatannya) tuh ckp cmni…. hakim pn sama! dok risau dah satni giliran aku pulak, tak dengar berapa denda kn?

kes2 berat tu pesalah2 kena masuk kandang pesalah… eh? aku kena masuk jugak ka satni??? dah risau dah…. lagi perkara ni tak selesai lagi tu dok riasu kn?

lepas tu kes polis, kes mengakibatkan kemalangan…. disebabkan masa tu adik ni bawah umur lagi, jadi dia kena denda khidmat masyarakat berapa jam ntah… ec tak berapa dengar……

& bermula lah kes2 JPJ…. masing2 pn kesalahan sama…. road tax,insurans…. ada makcik ni takdak lesen memandu…. dia kena denda RM750… >___<
smpi giliran ec, pakcik trafik tuh panggil pegi depan (mcm tau2 ja aku ni tak berapa dengar kn?) ha! br la jelas apa yg mereka2 ni ckp…. kesalahan dibacakan…. pastu aku ditanya…
“anda mengaku bersalah atau tidak?”
“ya saya mengaku bersalah” _<

 

 

sambungan

ha.. ni sambungannya…..

“pesalah mengaku bersalah tuan!” “ada apa2 permohonan kepada mahkamah?”

“saya minta hukuman dikurangkan kerana gaji saya rendah dan tak mampu nak bayar denda tingi2″

“pesalah minta hukuman dikurangkan , tuan!”

“setelah menkaji kes ini, dengan ini kamu didenda RMxxx untuk kesalahan pertama dan RMxxx untuk kesalahan kedua”

lepas tu pintu belah kanan ec terbukak, & aku diminta tunggu di bilik bersama2 dengan orang2 lain yang dah dijatuhi hukuman (denda).. senang cerita masa ni suma dok kira2 duit dlm poket la……

dah dalam 20 minit lepas tu kami semua dibawa ke kaunter pembayaran…. uik? kena Bayar teros denda hakim ckp tadi???? alamak!!! jadi aku pn kena sediakan RMxxx untuk pembayaran????? huhuhuhu~  gaji masuk bank public, jadi ec keluarkan dah 3 hari nk masuk MBB / CIMB (dah bank2 tu dekat sikit dgn rumah), tp dok tagak2 nak pi bank (busy la kunun), walhal malas nak beratuq kt CDM machine tuh….. panjang tau barisan dia!!!! jadi dah lepas bayar, tgk2 wallet ada la lagi RM150…. tgk2 tarikh hari ni…. 10/8/11…. gaji agak2 nak masuk 5/9/2011…. masih jauh lagi perjalanan bulan ni….

ahlamdulillah~ bulan ni ec puasa…. kalo tak puasa gamaknya macam mana la keadaan ec agaknya kawan2???? patut kita belanjakan duit gaji untuk bulan tu saja, paling penting elakkan guna duit untuk simpanan…. kan? insyaAllah berkat bulan Ramadhan ni cukup la hendaknya wang yang berbaki di tangan ec ni…. amin~

Khamis, Jumaat, Sabtu, Ahad

Hari Jumaat….
Mula rasa sakit telinga belah kanan… taktau kenapa, dia tiba2 sakit… mungkin sebab semalam aku aktif mengorek bijih di dalamnya (gatal sebelah siang, tp cuma boleh tepuk2 dari luar saja, kalo korek batal la puasa aku!!!)
aku kerja seperti biasa…. kilang sibuk… dgn brg nk hantaq pi thailand la, uruskan pasal kastam la borang k2 la, apa segala lagi borang yg aku tak pernah dengaq pn sebelum nih…. anjing & kucing macam biasa, saling menyalak antara satu sama lain… haishhhh… dua2 pn dah tua, tp perangai mcm budak2 lagaknya….
aku bertekad ke klinik lepas kerja…. pegi ambil bubur lambuk (pasai makcik sllu mkn hari2) pastu pusing blk 180 darjah pegi klinik)… klinik yg bukak kui 6ptg? klinik satu malaysia! mudah, cepat & dekat rumah….

sblm tido aku titik ubat telinga dlm telinga (dah pembatu perubatan ckp wax telinga tuh keras, jd kena lembutkan la kot???

Hari Sabtu….
Telinga berdenyut pukul 2.30pg…. pernah migrain dak? kalo pernah, anda cuma alihkan denyutan di kepala tu ke bahagian telinga + urat2 kt leher yg berdekatan telinga tarik menarik….. bengkak bahagian belakang telinga…. tak boleh tidoq…bangun & nampak ubat batuk lalu kutelan <<– nak tido punya pasal (yg aku pegi ambil kt klinik 1 malaysia waktu blk kerja td… oh… kenapa pegi sana??? sebab aku tak confirm lagi, jadi takdak medical fees dari majikan, +++ ubat kt klinik kerajaan nih mmg la mujarab wlpn tak SEDAP langsung!

dah aku nih bukan sllu mkn ubat, jadi skali aku minum ja ubat batuk tuh 10ml ja pn, aku pn tido dgn nyenyaknya….

makcik naik gerak aku bangun sahur…. makan apa ya patut, kalo tak makan kang mcm mana nak menghadapi ms. lee yg makan kt opis masa rehat nt??? apasai aku duk opis waktu rehat??? ha!! hampa taktau… waktu rehat terbahagi 2…. 1-2ptg waktu rehat NON MUSLIM, 1.30-2ptg waktu rehat muslim… jadi aku kena kerja smpi 1.30ptg br la keluar pegi surau JKR (dah sini takdak tempat solat) & landing sekejap disana (bulan puasa ni lepas zohor ja musti ngantuk idak?)

ok berbalik ke kerja…. kepala berdenyut… kuat sangat! tambah pulak anjing & kucing BERGADUH BESAR…. saling maki memaki…. wlpun lam bahasa CHIN, tp aku tak suka tgk & dgr…. mai pulak si anjing tuh kt aku ckp kuat2…. mula la aku ckp… aku puasa nih! hang jgn la ckp kuat2… sakit telinga… pastu aku tukar msn massenger ke earache~ :(
(org opis guna msn mssgr tuk berhubung, 3 bangunan berbeza kn? cara ni la senang)

ada sorang kawan ni baik… dia dept purchasing… siap bg aku ava lain lg… gambar senyum, cheer up aku… thanks ms chan ^^ (wlpn hakikatnya sakit masih ada disana, tp aku cepat2 buang status tu dr msn….
org semua suro aku pegi klinik & mc ja hari ni…. tp aku ni mana la ada mc (ntah bila nak confirm kn?) jadi aku tahan ja sakit tu… dlm hati, mungkin Allah nak uji sekuat mana iman aku bulan2 puasa ni….

alhamdulillah~ sakit tu berkurangan lepas rehat, sebab aku ttido lepas solat…. huhuhu….. igtkan akak sorang tuh nak gerak aku lepas dia habis solat, dia pn join tido ngan aku, jaga2 dah 2.10! ayok! melompat aku bangun….

esok hari ahad…. & aku tak bercadang nak mai kilang buat OT… aku nak TIDURRRRR ja satu hari esok….

AHAD….
seperti biasa…. aku terjaga jam 5 pg…. tp aku golek2 ja atas tilam, sambil bukak satu mata tgk FB (sempat lg kn???) bukan apa… tgk apa tanaman aku yg dah boleh tuai.. hehehehe…. sakit???? ada lg… tp k-a-d-a-n-g k-a-d-a-n-g
alhamdullilah~

ha! lupa satu 'part'…. hari sabtu tu aku blk tgk bilik mcm dilanggar garuda (angkara 2 budak kecik dlm rumah ni)… brg2 makeup berselerak atas lantai, surat2 yasin bertaburan (taktau mai dari mana, mungkin dari bilik sebelah kot?), & sebelah pintu almari terkeluar dari engselnya dan menyambah lantai…. aku menjerit & tak semena2 air mata mengalir…. taktau pasaipa… mungkin penat bercampur sakit, jadi semuanya keluar kn?…. aku tidoq ja tunggu waktu berbuka… kalo aku turun mungkin lebam2 anak orang aku kerjakan nanti… taktau kenapa budak2 ni tak pernah nak ingat apa yg aku habaq… "JANGAN MAIN DALAM BILIK CIK SYAH TAU! DALAM TUH BUKAN MAINAN HAMPA NAK MAIN2…. mungkin tu la pasai mereka dipanggil BUDAK-BUDAK….

-TAMAT-

Jumaat yang BLANK

Macam mana hari kawan2 hari ni? baik? terbaik???
Hari ni ec rasa mcm BLANK…. dok opis yang banyak kerja, tp punya lama dok pikiaq nak buat apa…. kepala pulak berat mcm buah nangka…. asyik nak terjelepuk ja atas meja… meja pulak bersepah2 mcm tong sampah…. huhuhuhu~ byknya outgiong hari ni… banyak jugak incoming…. hari ni sibuk…. dah foil2 besaq gajah dah dihantar kpd pelanggan, blk mai macam2 delivery order atas meja ni… tu belum masuk dgn dokumentasi barang yg eksport ke thailand…. boss bole pulak buat lawak, dah penat2 aku kelui sana sini cari shipping company, dah hantar barang tu naik atas kapal, bole pulak kata nak “ON HOLD” dulu delivery…. huhuhuhuhu~ nak buat mcm mana boss…. dah naik kapai dah pn brg2 tuh…. ON HOLD apa kebendanya! customer Thailand dah dok tanya2 mana barang depa kilang nak jalan production….

ak blank nih… mana satu keja nak buat…. nanti balik nak pi amek kanji, pastu tido sat, mlm nt nak solat tarawikh…. waktu isyak skrg agak lewat, jadi lambat la habisnya tarawikh… kui 11 br smpi umah… huhuhuhu~

moga2 esok aku bole buang “BLANK” aku ni dan habiskan semua kerja2 ni…. amin ya rabbal ‘alamin~

Gaji oooooh gaji

dengan ini diumumkan bahawasanya pada hari ini 4/8/2011 gaji belum masuk2 lagi….. tangki minyak memanggil2 ec ke stesen minyak berdekatan supaya tangki tidak kering lantas ec terpaksa berjalan menolak moto skuter hijau karisma yang besaq gajah itu di tepi2 jalan yang sibuk dengan treller2 kiri kanan jalan (dah namanya KAWASAN PERINDUSTRIAN kn?mmg la treller PUNYA kawasan ni)

& jugak bil TMNET yang memanggil2 ec untuk membayarnya walhal 10hb baru genap sebulan penggunaan internetnya (ntah apa2 TMNET nih… suka suki bukak bill wlpn tak cukup jangka waktu lagi) haishhhhhhh

igt2 pulak kes JPJ 10 hb nih…. apa yg ec nak menjawab dengan hakim tuh nanti????? Yang Ariff, tolonglah saya, jangan denda tinggi2, sedangkan gaji saya yang ciput nih cukup2 untuk bil2, minyak moto & belanja seharian… tu belum masuk duit PTPTN yang KENA bayar tiap2 bulan & interestnya dok naik tiap2 bulan walaupun org2 kt PTPTN tu ntah apa kerja yg depa buat untuk MELAYAKKAN mereka caj 7% atas baki tiap2 bulan…. UJRAH kunun!!!! dah berkurun aku apply, satu patah jawapan pn tak dapat lagi…. huhuhuhu

dugaan bulan puasa nih….

bila kira2 balik, kalau la bulan ni 4hb pn tak masuk2 gaji lagi, MAKNANYA bulan depan MACAM MANA???? tak beraya la aku nampak gayanya nih! nak cari tudung raya pn kena pikiaq 10x….. inikan pulak nak bagi baju raya kt abah, mak & makcik???

** gaji ec CUT-OFF 25hb ye…. jadi gaji yang ditunggu2 nih adalah gaji dari 25/6/2011 hingga 25/7/2011….. 9 hari ye kawan2 OVERDUE…. punya la CUT OFF awai, walhal lambat jugak masuknya… baik la CUT OFF hujung bulan, gaji masuk 7hb pn takpa kn??

apa2 la…. sabaq ec sabaq…. kerja ni kena sabaq… orang yang bersabar nih tinggi darjatnya di sisi ALLAH…. semoga ibadah ec diterima olehNYA

AUDIT oooooh AUDIT

Ha… tau dak apa tu audit??? macam mana org2 kerja masa audit???? huhuhuhu
masuk kali ni dah 3 kali ec terlibat dalam audit….

kali pertama hari tu berpeluh2, letih smpikan masuk ja dlm opis 3 cawan air ec telan….

kali kedua pulak kena masa stok baru masuk 2 kontena… mak aih…. mula pkul 9, kul 2 br habis audit (tu tak termasuk lagi accountant dok mai kaco ec nak itu ini…. mmg la terganggu keja seharian yg mmg kena jugak buat ni…

kali ketiga ni kena hari pertama puasa… dr bulan lepas lg dok jaga baki2 stok ni, ligan budak2 prod suma supaya catat apa ambil (wlpn abg2 prod nih semua buat2 tak dengar & buat2 sibuk, takdan nak catat)

jadi ec amek keputusan mai hari ahad (patutnya cuti ahad)… dah tau esok jadi kelam kabut pasai store keeper tak bgtau berapa stok keluar 30-7-2011 tu….. selamba ja semua blah balik…. hari ahad tu belu m puasa kn? jadi tak kesah la nak berpanas bergelap pn dlm store tuh, janji keja siap & esok audit berjalan lancar….

tepat kui 9 auditor & accountant mai…. 2-2 bawak kalkulator gajah nak audit… production stop, tak dibenar berjalan… manager pening kepala (byk order behind schedule semua)
ec pn habaq kt auditor… kita pecah dua… jadi cepat sikit nak audit, ec-accountant tgk raw material, auditor-qc pi tgk wip (work in progress) & finish goods… dah kalo semua tumpu kt situ, bila taun nak habis idak?

dah kebetulan kami mmg dok tunggu barang yg tak sampai2 lagi, jadi raw material tuh kurang la…. nampak lapang sikit store (kalo dak nak lalu pn tokle)
dah selesai semua, accountant pn ckp,
“eh? kenapa hari ni kita buat cepat saja sudah habis? bulan lepas itu lama ooo kita audit….”

tu cerita semalam… hari ni pulak si auditor tu msn ec mintak ec pi timbang barang2 tuh (1 barang ada dlm 250kg)… bole pulak kata hari isnin tuh lupa timbang…. huhuhuhuhu…nasib la…. nk angkat barang 50kg pn tertungging2, mana nak timbang hat 250kg pulak???? suka suki ja suro org itu ini, hari tu audit lupa timbang la segala la…..

saja lepas beban disini… dinding WP nih la jadi tempat ec lepaskan segalanya…..

selamat berpuasa & kisah si x dengan si y

Hari ni hari pertama berpuasa… ya Allah ya tuhanku… kuatkanlah iman hambamu ini…

Ha…. hampa semua tau kn perumpamaan nih? umpama anjing dengan kucing…. kt sini ada 2 org kita bole pakai perumpamaan tu…. sorang tua, sorang muda

Takdak kena mengena dgn ec pn kn? bukan jenis nak amek tau hal ehwal org lain, dgn sapa dia kawan musuh semua… tapi ada sedikit masalah disini…. kerja ec melibatkan dua org nih…. huhuhuhuhu~ masalah negara nih!!!~