Cuti yang ec nanti2kan telahpun tiba…. cuti 22-26/1/2012 sempena CNY!!~ mungkin kawan2 tak faham kenapa ec dok cakap2 pasal cuti ni??? meh ec terangkan meh….
1. ec kerja seminggu 6 hari…. 1 hari cuti…. jadi kalau dapat cuti >2 hari tu mmg la dinanti2kan ^^
2. Dua hari cuti tahunan ec ditolak (untuk 25-26/1/2012) <<—- baki cuti tahunan yg masih tinggal >_<
jadi lepas ni tak boleh ja suka hati nak cuti, kecuali cuti sakit (percaya tidak ec belum ambil lg MC sepanjang bekerja di SLM… Alhamdullillah)
semangat nak cuti, Hari Ahad dah bertolak ke Ipoh (wlpn booking hotel tu untuk hari Isnin)… jadi susahkan keluarga cik Haniz tumpangkan ec di rumah mereka malam isnin tu…. tima kasih Haniz…. rajin2 la berjalan2 di Ipoh, semoga anda lebih yakin meronda2 Ipoh pada masa akan datang ^^b
Ok.. berbalik ke “LOST”…. pagi hari Isnin ec bertolak ke Lost world… mula ingat nak masuk ja Taman Tema tu, tp smpi2 ja kt pintu depan, makkkkk aiii…. rameinya orang!!!~ almaklumlah CUTI…. mungkin la popular tmpt ni ataupun orang tak tau nak jalan2 kemana musim cuti…. owh… ramai juga warga asing kesini…. American, Korean, Japanese… tu yg ec terserempak la… hmmm…. layannnn
ec ajak sorang kawan kesini… ev… nasib baik la cik ev ni sanggup mengikut ec kesini… kalau tak taktau la ec… hahahaha~ dok menggila sorang2 lam nih…. thanks ^^,
berbalik kepada cerita ec tadi, nak masuk taman tema tu ramai, jadi igt nak guling2 kt hotel dulu, tunggu punya tunggu, housekeeping tak siap2 lg, akhirnya dlm pkul 2 tu kami pn meninggalkan beg2 di lobi hotel, lalu bergerak ke Taman Tema…. satu cadangan ec pada kawan2…. selalunya musim2 cuti, CNY / Krismas ada promosi tiket, tapi kawan2 kena la beli ONLINE tau! kalo pegi ja kt sana dia kira harga biasa (RM45/orang)….
dah salin baju (bajet nak terjun dlm kolam), nak cari loker simpan barang punya la susah…. harga satu loker rm10/hari… jadi guna loker tu sepanjang hari ^^
tempat pertama kami pegi… foot SPA!
Foot SPA ni ada batu2 reflexologi di dasar kolam + air panas kolam…. agak sakit masa baru jalan, tapi bila lama2 sedap la pulak…. kami pusing kolam ni 2-3 kali… haha! ev mungkin pusing lebih
ec pegi masuk Infinity Pool (kolam yang besar) + Steam Cave…. hahaha~ masal dlm steam cave ni ec teringat pulak public bath dlm cerita2 korea tu, panas jugak la, ada amaran jangan duduk lama sgt dlm gua tu, takut pengsan @_@
kat atas cave tu ada Top of The World Pool…..43⁰C!!~
Tgk tu sign 43⁰C
Ni la Infinity Pool…. besar kolam ni tgh tahan panas ni sebenarnya +_+
dah habis kt Hotspring (nanti malam nak datang sini lagi) jadi jalan2 sekitar Lost World ni…
Petting Zoo… banyak juga haiwan2 dipelihara disini…. meh tgk meh
haiwan2 ni kebanyakan tgh tidoq, almaklumlah pkul 3-4 ptg….
banyak lagi haiwan2 ni…. semua ni cik ev yg tangkap… ec tak bawa pn kamera >_<
Gambar tandas di sini….
asimilasi konsep hutan & kontemporari ^^
Baru di sini…. Tin Valley…. Bagus juga, setahu ec Ipoh ni mmg asalnya kawasan perlombongan bijih timah, jadi generasi sekarang dapat melihat proses perlombongan dengan lebih dekat… pada cikgu2 tu boleh la buat rombongan kesini ^^
Eh ada pulak sorang makcik dok membijih
Bagi yang tak larat nak berjalan tu, boleh ambil kereta api… keliling taman tema ni… tp ec & ev tak naik pn, sebab kami jalan arah bertentangan dengan arah kereta api ni pusing… konon la dah lama tak berjalan jauh… semangat.. hehe
apa lagi taktau…. byk lagi…
owh Tiger Valley….
ada beberapa ekor Harimau dewasa, kita boleh tengok dari jauh… mungkin ada pertunjukan (sebab ada tempat duduk disana) masa ec kesana tak kena dengan pertunjukan rasanya
Needle of Tambun…. cantik tempat ni…. kita bole duduk tenung keindahan alam sekitar, tenangkan fikiran lupakan segala masalah… Indahnya alam ciptaan Allah S.W.T
Malam pn bermula, dah selesai makan & beli belah (kat Giant berhampiran
) kami pn menuju ke Night Hotspirngs & SPA… suasana malam depenuhi limpahan lampu berwarna warni menarik sesiapa saja yang melihatnya
malam banyak bergambar ja ni…. habis smpi ke simpang Lost World kami berjalan…. ada tanglung besar disana… mungkin warga disini pn tak perasan tanglung ni
Keesokan malamnya ec tidoq di rumah sewa cik ev… m(_ _)m
terima kasih atas bantuan kawan2 sepanjang percutian ec kali ni…. lain kali harap kita dapat makan angin bersama lagi ^^
<semua gambar diatas adalah ihsan cik ev… ^^>
nanti ec tambah gambar2 dalam hp ec… selamat malam semua
















