120411 Gempa Bumi

Hari ni hari 11/4/2012 berlaku gempa bumi yang agak kuat yang boleh dirasai oleh penduduk kawasan Pulau Pinang & Kedah. Gegaran berskala 8.9 skala Richter itu mengakibatkan amaran Tsunami dikeluarkan.

Situasi pada masa berlakunya gempa bumi itu menunjukkan betapa penduduk Malaysia tidak mengetahui langkah-langkah keselamatan yang patut diambil sekiranya berlaku malapetaka seperti gempa bumi….

Semasa berlaku gegaran Ec sedang leka shopping kain untuk baju raya (awal sikit persiapan, sebab tukang jahit takkan terima tempahan bila bulan puasa dah masuk)…daripada pemerhatian Ec beberapa perkara Ec nampak, antaranya ;

1. Semasa berlaku gegaran, orang ramai berpusu2 lari keluar daripada shopping complex melalui escalator, & tangga
Bukankah jika berlaku gegaran kita sepatutnya cari tempat yang kukuh (contohnya meja) dan bersembunyi dibawahnya?

 

2. Tiada pengumuman dari pihak pengurusan bangunan tentang kejadian yang berlaku….
Sistem PA bangunan berfungsi, lagu boleh dimainkan, tapi kenapa semasa kejadian berlaku (ataupun selepas) tiada langsung pengumuman/loceng amaran dilakukan/dimainkan oleh pihak keselamatan / pengurusan bangunan tentang langkah2 yang perlu dilakukan oleh orang awam….
Sepatutnya pihak pengurusan bertanggungjawab terhadap orang awam yang mengunjungi tempat tersebut…. kalaulah ada yang tak perasan / tak sedar hal yang berlaku & kalaulah jadi perkara yang tidak di ingini…. macam mana??

Ec bukan nak menuding jari kepada sesiapa, tapi kita haruslah meningkatkan lagi tahap kesedaran & pengetahuan orang awam di Malaysia…. peranan media massa & badan bertangungjawab amatlah penting demi kesejahteraan kita semua

 

p/s : hari ini juga hari Pertabalan Yang Dipertuan Agong baru yang juga Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah.

 

JPJ ooooh JPJ

Rasanya ni la kali pertama ec pengalaman macam ni…..
Rasanya semua orang tau… reta ec satu ja…. moto ijau buruk tuh…

ni alkesahnya ec & moto ijau & JPJ

road tax ec mati pada 26/4/2011… pada 20 hb dah bgtau abah, roadtax nak mati… dia tak perasan kot masa ec habaq tuh… ec harap dia, dia harap ec… alih2 tak renew…
ec nak pi renew pn geran ada kt abah & rumah abah kt Jitra… tau2 la dah la roadtax mati, brani lg nak bawak moto jauh2 dr AS – Jitra????

ni alkesahnya 12 Mei 2011…. agak2 18 hari selepas roadtax mati… ec pegi hantar resume kt satu sykt ni… & masa balik tuh saja2 la round2 pejabat dekat2 situ (pasai dah ada firasat jawatan dipohon td sudah diisi)
masa tu la jumpak kerja sekarang…. HR tu interview ec sejam… 3 org interview ec…. (mungkin pasai ec tulis macam lam resume…. apa mempercepatkan masa pengiraan gaji dari seminggu ke 3 hari la apa la) apa lg org interview tuh tny la cana ec buat kn? so borak pny borak dah kui 5… dia kata akan call kemudian mana nak tempatkan ec… tp bukan nak cerita pasai interview tuh… nak cerita pasai lepas interview tuh

alkesahnya masa nak balik tuh, ec rasa semacam… mcm “ada ja org nak tunggu kt simpang masuk rumah” tu…. isk… aku kena guna jalan kampung ni (jalan alternatif lalu depan rumah org, lorong laluan moto)… dok ada firasat cm tu, ntah cm mana bila smpi kt simpang tuh, ec ikut jalan biasa ec lalu (patutnya jalan kampung kn? pasai dah berfirasat masa start moto td)

apa lagi, belok ja masuk jalan tuh! tuuuuuudia…. 4-5 org JPJ dok kepung… nak patah blk pn tokle (kunun nak buat aksi cm lam TV tuh, tp tak berani kn? kena la cekup)
punya la merayu ni kt JPJ tuh…. dia buat tak layan ja… pastu bersyarah la naik moto bahaya takdak roadtax & insuran…. & ec explain ec tak kerja, geran kt abah semua…. tp dah pegawai kerajaan nih kita tau jala… kalo tak huluq sikit RM tuh, mana nak layan rayuan kita kn? so kena la saman

kena pulak naik mahkamah bulan ogos ni…. isk3 satu reja lagi nak pi mahkamah…. lecehnya undang2 kt mesia nih… naik mahkamah la… apa la… pasai saman tuh tak bole bayaq kompoun la segala benda

wlpn skrg moto ec dah ada blk roadtax, tp memikirkan kena naik mahkamah bulan ogos ni, pening ec dibuatnya… dah la ec nih buta perundangan segala bagai…. haishhhhhh~

8 Jun 2011

Sudah lama rupanya aku meninggalkan blog ini…. hmmm…

30 Mei 2011 bermulalah satu lagi episod dalam hidupku yg penuh ranjau ini…
Episod bekerja kembali setelah sekian lama menganggur (akibat luka yang mendalam oleh majikan lepas, aku ingin duduk saja di rumah masa tu)

Sykt sekarang nih SLM Packaging sdn bhd… satu kilang kecil2lan mencetak foil untuk pembungkusan makanan (Hi Goat, Kopi Yusmira etc)
Kerja aku kt sini bahagian admin… pekerja tak ramai, boleh la bilang dgn jari jemari kaki & tanganku…

cuma masalahnya dlm kawasan kilang ni ada anjing2 yang tidak dirantai… aku budak baru ni la yg jadi mangsa setiap kali bertembung…. huhuhuhu~ agaknya apa la aku nak buat ngan anjing nih? huhuhu~ hari2 mesti keluar dgn seorang org lain, br aku berani keluar…. penakut jugak aku nih… igtkan berani la sgt kn ec nih, walhal sama ja…

lagi satu pasai surau… dah sykt nih cina pny kn… jadi takdak la kemudahan tu kn?
jadi hari pertama ec habiskan 1/2 tank minyak cari masjid / surau… akhirnya jumpak satu masjid sblh JPJ (1 km dr kilang)

Esoknya terasa nak pi tanya kt JKR depan kilang…. rupanya tepi jalan tu ada sebuah surau JKR…. takyah la pegi jauh + risiko melintas jalan sesak etc… 10 minit shj diambil untuk memberskan urusan dgn tuhan (paling cepat)… jadi rehat 1 jam tuh boleh lah dimanfaatkan untuk berehat bersantai di surau (kemalaskan menempuh jalan sesak masa rehat membuatkan ec kalo boleh nak duk ja opis wlpn masa rehat) tahan perut lapaq, minum ayaq bergelas2 (opis skrg dah ada toilet!!!! ^^) yeay!

wlpn dulu ec tak perasan ada jangkitan air kencing (akibat sllu tahan kencing —> opis guard yg takdak toilet) tp skrg, alhamdulillah~
Ya Allah Ya Tuhanku, permudahkanlah daku dansahabat2ku untuk mencari rezeki halal di duniamu ini… amin

Ahad 06 Mac 2011…. minyak, oh minyak

Hari ni… Ahad… hari cuti aku…. selalu mmg rutin aku hari ni adalah tidoq smpi kui 12, pastu pi tgk wayang dlm pkui 2, blk umah sblm maghrib…

tapi hari ni… 110306, hari yg sibuk & hari yang memaksa aku bersenam

pagi2 lagi, 6.30pg, makcik aku dok jerit panggey bangun, aku kena hantaq si Zulaikha (anak menakan aku, 4 thn) pegi tadika… nak hantaq tuh takdak masalah, yg masalahnya tuh JARAK tadika tuh…. hohohoho
20 minit jugak bawak moto….
Cik mek Zulaikha ni, hari2 pegi skola ngan makcik aku (nenek dia)…. dah nenek pi daftar tadika dkt sekolah dia kn, jadi satu jalan la… cuma bila ada kes cm hari ni la….

tadika mula 8.00 pagi, yg makcik aku takdan kui 7 lg dah suro aku keluar…. takpa la…. pegi la hantar, tunggu pulak cikgu tadika yg tak smpi2, dr 7.20 smpi la kui 7.55…. dah selesai dia masuk kelas, aku pn balik rumah

smpi rumah teringat pulak org tua tuh suro pi market… suro la kak ipaq aku siap2, nak bawak dia (sebab dia yg banyak masak)
agak2 100m dr rumah, moto terberhenti… alamak! apa pulak rosak moto aku nih??? aku start blk… 2 saat hidup, dia berenti lagi…. pastu baru lah teringat….
kemarin 05 Mac 2011, aku pegi Jitra, pasai kawan aku yg paling lama bertahan akad nikah, OTW semalam SENGAJA tak isi balik pasai igt ptg tuh nak keluaq pi garden (taman kanak2), bawak 2 org cik mek tuh lepas tensi setelah seharian terkurung lam umah…. tup2 petang tuh keluaq jalan2 ngan KERETA… aigoooooo
pagi ni pulak jalan dr Tongkang Yard smpi Gelam…. mana tak abeh idak??????

jadi berjalan la kami bertiga… terkedek2 anak menakan aku yg br 14 bulan tuh…. sian dia…. blk2 umah ja dia teroih lena…. huhuhu~

sowi la Nur Iman, cik syah terlupa nak buh minyak la adik oooi!!~

Surat amaran

Hari ni, aku masuk2 ja keja pegawai 1 tuh mai habaq
Peg 1 : Ec, tulis surat amaran, fax pi HQ
Ec : amaran apa? kt sapa? nak tulih apa?
Peg 1 : tuk Ec, pasai mai lambat keja
Ec : ????????????????? hoh? cm pelik ja TULIS SURAT AMARAN tuk diri sendiri. Cm orang gila ja yg buat lagu tuh
Peg 1 : En. B suro tulis, pastu sain, hantaq pi HQ (En. B tu pegawai operasi)
Ec : Isk, takmau la buat, cm org gila ja at lagu tuh. Patut HQ la tulis surat, fax mai sini. Tak penah dibuat dek orang!

mai tengah hari sikit En B pn sampai la opis…. ec buat ja keja cm biasa…. abeh2 dia conteng sikit2 kat meja tuh dia pn belah keluar ngan peg 2
tiba2 peg 2 tuh masuk mai habaq lagu ni

Peg 2 : (sambil bawak draf surat amaran) Nah…. ang taip nih pastu fax pi HQ
Ec : (lepas belek2 draf) GILA! mana ada orang tulis surat amaran untuk diri sendiri!!!~ mmg keja org gila ja cmni! tak mau aku buat (tinggi sikit la suara, pasai buat aku cm org gila) Apasai dia tak bg ja kt aku td? suro ang pulak bagi…
Peg 2 : taktau… (peg 2 pn blah la blk bersama En B)

Kawan2… nak tau surat amaran apa ec dok cakap kt atas? surat kehadiran lewat ke pejabat…. mmg ec SENGAJA pn mai lewat, nak En B tuh teguq sendiri… tp smpi ke skrg dia tak teguq pn ngan mulot dia…. pengawai operasi apa lagu tuh kn? dah ec pn mmg tawaq hati dah nak keja situ, tunggu masa ja kan? pegi keja pasai kesian kt peg 1 tuh (dia nih rapat ngan ec, bole la kita bawak bincang & cool bila berhadapan ngan masalah, bkn cm En B & peg 2)

jadi tadi ec pn tulis la notis perletakan jawatan…. notis sebulan…. daripada aku jadi cm org gila duk sini, baik aku pi keja tesco ka, pacific ka…. tak kesah la…. mmg bengong dok sini lama2….

Ya Allah ya tuhanku, kembalikanlah aku kr pangkal jalan… permudahkanlah pintu rezeki ku… sesungguhnya aku berserah kepadamu yang maha mengetahui…. amin~

Ep 3…. kerja oh kerja

Maaf la kawan, saya tak update bolg saya… tak sangka ada kawan yang menanti sambungan cerita hidup ini…
sektakat ni saya masih berkerja di tempat sama… selagi belum dapat kerja lain…. huhuhu~
marilah sama-sama kita berusaha & berdoa semoga semuanya berjalan dengan lancar dan dipermudahkan oleh Allah… amin.

Kerja ka takmau kerja

19 Januari 2011…

Hari ini ec terfikir nak berhenti kerja sebagai kerani cabok kat syarikat tak berhati perut tuh… masalahnya bukannya pangkat kerani cabok tu jadi persoalan, tapi ada beberapa perkara lain yg membuatkan ec tak berapa seronok kerja…. huhuhu

pertama
paling penting, kes nak bayaq PTPTN…. kalau ikot pengiraan ec, sepatutnya sekarang pembayaran bulanan dah meningkat ke angka 300…. tu setengah gaji ec sekarang… jadi kena jugak cari kerja lain, yg lebih mendatangkan duit… bukan ec mata duitan ka apa, tp ec rasa cm penjenayah besaq pulak PTPTN dok hantaq surat ke rumah… huhuhuhu

kedua
toilet…. bagi kawan2, toilet penting dak? ec nih kuat minum ayaq & selalu buang air kecil (besiaq org utara kata)… masalahnya sekarang, pejabat nih takdak toilet…. kalo ada pn toilet berbayar,,,, 30 sen sekali masuk…. cuba bayangkan…. kalo 3 kali sehari nak terkencing???? huhuhuhu tak tahan….. nak pegi toilet kena bayar… hari2 gitu…..

ketiga
keadaan pejabat… sebagai kerani, ec bertanggungjawab atas segala urusan pentadbiran pejabat… ni semua melibatkan surat menyurat & pengiraan gaji & pengiraan stok pakaian seragam… yang buat ec semak perut sgt tuh, pakcik pakcik dalam pejabat nih semua suka menyemak pejabat…. huhuhuhu…. katakan la hari ni ari ahad…. (ahd ec cuti), esok ja mai pejabat…. YA ALLAH!!~ cm tongkang pecah, kertas sana, kertas sini, bau rokok penuh pejabat (depa akan merokok masa ec takdak lam opis), karpet tuh penuh pasiaq…. habuk sana sini…. ec kena sapu ngan penyapu lidi…. habuk tuh…. sangatlah banyak… 3 kali sapu pn takkan habis… kalo tmpt tuh rumah ec, mmg ec dah pi beli vacumm… mmg patut sana ada vacumm…. huhuhu

keempat
pekerja di HQ…. ec kerja kt cawangan, tp minah2 kt HQ tuh, semua dok serah reja depa mai kt ec… “aisyah, tolong semak pekerja2 nih pny no KWSP” , “aisyah, tolong pi check bank pekerja2 nih aktif ka dak?”
aigooooooo….. tuh reja hampa la…. apasai pulak dok suro aku buat reja hampa??? tak cukup byk lg reja aku kt sini kah? hampa saja yg byk reja??? aku takdak reja??? penat33333

kelima
pengurus yang malas, laporan semua ec yang buat…. dia buat taktau ja…. bila customer mintak / boss cari, baru dia kalut nak buat…. nak buat pn suro ec yg buat…. apa la jenih pengurus lagu tuh… ang pi la cari sebijik laptop, taip laporan tuh, nak print, bg kt aku, baru betoi… nih dia pi mana taktau, balik2… ” uihhhh.. penat, laporan siap dak lg???” aigoooo….. ec taktau la syarikat jenih apa ni…. cm lintang pukang semuanya

huhuhu~ ec tulis surat letak jawatan hari ni… tp tak la serahkan lg kt pengurus / boss….
kawan2 rasa mcm mana??? apa patut ec buat? teruskan kerja???? cari kerja lain??? huhuhuhu tolong la bagi pandangan kawan2….

13 januari 2011

macam dah janji dgn kwn,ec akan aktifkan blk wordpress nih…sbb bole login guna hp ^^
Cm diari la… Wahai diari hari ini aku bla bla bla

REactivate YOURSELF!~ errr my blog

Assalamualaikum semua…. selamat tahun baru 2011…. pada tahun ini ec nak ucapkan semoga berjaya & berbahagia kepada semua… semoga segalanya berjalan dengan lancar seperti yang dirancangkan oleh semua… ada beberapa benda ec nak cerita kt sini….

KERJA OH KERJA
Ec nih mmg la jahat… disebabkan ec tawar hati nak keja, jadi ec selalu pegi kerja lambat, dengan sengaja… mula2 tu ingatkan boss nak teguq kn… so bole la kena warning ka apa, cm org kena shock karan tuh… terus tersedar dari lamunan, mimpi. Sebenarnya ec bosan keja nih, bukan tak ikhlas nak kerja, cuma gajinya itu tidaklah berubah2…. sudah 6 bulan dalam keadaan begini… sapa la tak bosan kn? cari kerja merata, dari yg setaraf dgn kelulusan ijazah hingga ke taraf kelulusan SPM… agaknya majikan2 tuh rasa org ijazah nih tak perlu kerja kot? ec pn taktau… ada skali tuh diberitahu “anda tak setaraf jawatan, sila keluar” >_________________<
kenyataan di atas hanyalah orang yang mengalaminya sahaja yang tahu & faham…

PTPTN OH PTPTN
Ni lagi satu… hari isnin ritu dapat surat… "anda di-senarai-hitamkan daripada keluar dari Malaysia"
oh ya… tak kesah la.. bukan nak keluar Malaysia pn… tapi yg sakit hati tuh tgk penyata, depa masukkan skali "kos guaman"… aigooooo…. agaknya sampai bila2 pn takkan habis HUTANG nih… makin bertambah ada la….

benda2 macam ni la yg buat kita tertekan, dan dah bila tertekan tuh mula la macam2 penyakit nak mai hinggap….

kawan2… benda2 tertulis di atas hanyalah sesi luahan perasaan ec agar ec dapat mengekalkan kewarasan ec…. terima kasih